Mudahnya masak Chicken Chop BBQ di rumah

Iklan
CHICKEN CHOP BBQ

KADANGKALA pasti tekak terasa mahu makanan lain daripada kebiasaan. Bosan pula dengan menu Nusantara yang biasa dimasak setiap hari.

Apa kata cuba pula resipi ala barat, Chicken Chop BBQ yang dikongsikan Kimball ini.

Iklan
Iklan

Kaedahnya mudah sahaja. Pasti mudah diikuti. Bak kata orang 'campak-campak siap!'. Cubalah!

BAHAN-BAHAN

Iklan

4 ketul paha ayam, dibuang tulang dan dileperkan dengan penukul daging

2 sudu besar minyak masak

Iklan

1 biji bawang besar, dipotong dadu

1 ½ cawan cendawan, dihiris

Bahan A (campur sebati)

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil lada

¼ cawan Sos BBQ Kimball

2 sudu besar minyak masak

Bahan B (kacau sebati)

½ cawan Sos Kimball BBQ

2 sudu besar Sos Tomato Kimball

300ml air

CARA-CARANYA

1. Perasakan ayam dengan Bahan A dan ketepikan selama 10 minit.

2. Masak ayam dalam kuali pemanggang atas api sederhana untuk 10 minit setiap belah. Pindahkan ke pinggan hidangan.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang dan cendawan sehingga lembut.

4. Tambah Bahan B dan reneh selama 5 minit.

5. Hidangkan kuah bersama ayam yang telah dipanggang.

Sumber: www.kimball.com.my/