TAHUKAH korang hanya dengan satu beg darah yang didermakan boleh menyelamatkan tiga nyawa?
Derma darah diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pesakit seperti untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit kronik seperti leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.
Justeru, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, penderma darah adalah DIBENARKAN hadir untuk menderma.
Korang hanya perlu ikuti beberapa langkah ini untuk memastikan proses pendermaan berjalan lancar.
Korang juga boleh layari link Pusat Darah Negara di http://linktr.ee/dermadarah untuk pemeriksaan kesesuaian bagi menderma darah sebelum merancang pendermaan darah.
Berikut adalah senarai Pusat Pendermaan Darah Statik PDN:
- Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
- Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 8.00 malam
ATAU di tabung-tabung darah atau kempen darah berdekatan.
Baca juga SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit
Jika korang lalui jalan yang ada sekatan PDRM, hanya tunjukkan buku atau kad derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.
Bersamalah kita bantu menyelamatkan nyawa individu lain dan teruskan menjaga SOP bagi memutuskan rangkaian Covid-19.