‘Banyak sangat dugaan kami tempuhi tapi…'- Bintang Mukhsin, Sharifah Aryana bergelar isteri

Iklan
Untitled design (56)

BINTANG utama filem Mukhsin, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid selamat bergelar isteri kepada Jad Hanif Jimmy dengan sekali lafaz, pada petang Jumaat.

Aryana atau lebih dikenali Yana Alyahya dinikahkan sendiri bapanya Syed Zainal Rashid dengan disaksikan secara atas talian oleh Ustaz Mohd Khairil Nizam.

Iklan
Iklan

Majlis pernikahan serba ringkas itu dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dan disaksikan ahli keluarga Jad di Kuching, Sarawak.

"Alhamdulilah selesai sudah majlis akad nikah Jad Hanif bin Jimmy dan Sharifah Aryana binti Syed Zainal Rashid.

Iklan

"Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online  terutama keluarga di Kuching.

"Insya-ALLAH kami akan pulang nanti. Kami pasti tidak akan dapat lakukan ini tanpa sokongan dan tajaan anda semua. Terima kasih semua dari lubuk hati kami,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Iklan

[caption id="attachment_33761" width="1024"] Majlis pernikahah mereka turut disaksikan keluarga Jad yang berada di Kuching, Sarawak.[/caption]

Berkongsi mengenai pernikahannya, Aryana, 26, berkata, banyak dugaan yang mereka tempuhi sebelum melangsungkan perkahwinan.

Namun dia bersyukur kerana dengan izin ALLAHSWT, mereka dapat melangsungkan pernikahan.

"Alhamdulilah banyak sangat dugaan kami tempuhi tapi dengan izin ALLAH kami diberikan rezeki untuk nikah.

"Saya tak dapat lakukan ini tanpa keluarga yang memberikan segala yang saya mahukan. Mereka sedaya upaya cuba berikan apa yang saya mahukan tetapi ALLAH ada perancangan yang lebih baik dan saya sentiasa bersyukur.

"Saya tak sabar untuk pulang ke Kuching dan luangkan masa bersama keluarga baharu saya. Mereka juga sentiasa melayan saya dengan baik dan penuh kasih sayang,” ujar adik kepada pelakon Sharifah Amani ini.