Hargai abang dan kakak frontliners, wanita ini sediakan sesuatu di muka pintu

Iklan
free snack

BERBUAT baik dengan orang khususnya golongan frontliners tanpa mengharapkan balasan merupakan satu tindakan mulia.

Tidak kira siapapun, sumbangan atau bantuan yang dihulurkan demi meringankan beban atau menghargai pengorbanan, pastinya memberikan senyuman buat mereka.

Iklan
Iklan

Penghantar makanan sebenarnya juga barisan frontliners sama seperti petugas perubatan, cuma bidang sahaja berbeza.

Mereka bekerja tidak kira masa. Jika dilihat, abang atau kakak delivery sentiasa sibuk menghantar makanan ke sana dan ke mari sehingga terlupa untuk mengisi perut sendiri.

Iklan

Melihat keadaan itu, seorang wanita mengambil inisiatif sendiri menghulurkan makanan ringan dan minuman untuk para penghantar makanan itu.

Perkongsian yang dibuat melalui akaun Twitter @tashbunny membuatkan ramai teruja.

Iklan

Mana tidaknya, pemilik akaun itu yang dikenali sebagai Natasha Hidayah Hashim, 29, telah menghidangkan biskut kepada penghantar makanan.

Ketika melakukan perkara itu, respons yang diterima amat memberangsangkan. Makanan itu habis!

Teruja dengan keadaan itu, Natasya yang juga pengacara dan penerbit kandungan portal menyediakan pula makanan ringan lain untuk menghargai penghantar makanan.

Siap ada bakul dan tulisan khas untuk abang-abang dan kakak-kakak delivery ini.

SinarPlus difahamkan, usaha murni itu sudah dijalankan sejak dua minggu lalu dan kini sumbangan makanan ditambah dengan air mineral dan jus buah-buahan.

Perkongsian Natasha Hidayah telah mencetuskan inspirasi kepada orang ramai.

Status Twitternya itu menerima 2,500 ulang kicau dan 5,300 tanda suka.

Ada yang berkongsi inisiatif sama di Indonesia yang turut menghargai pekerja pembersihan.

Moga usaha si gadis cantik itu terus memberi pedoman kepada orang ramai untuk saling membantu antara satu sama lain pada kala negara masih dilanda Covid-19.

Tidak dinafikan masih ramai yang terjejas dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, tengok-tengoklah jiran sekeliling jika ada yang memerlukan. #kitajagakita