Abah tau Afiq kebal! Bapa salah hantar WhatsApp nasihat anak tak reti duduk rumah

Iklan
Abah tau Afiq kebal! Bapa salah hantar WhatsApp nasihat anak tak reti duduk rumah

LUMRAH kanak-kanak memang suka bermain, berseronok, ke sekolah dan meneroka pelbagai perkara bersama kawan-kawan.

Golongan remaja pula lebih gemar menghabiskan masa di luar bersama kawan-kawan berbanding duduk diam di rumah.

Iklan
Iklan

Namun, sejak pandemik Covid-19 yang semakin menular, mereka kini tiada pilihan selain akur dengan saranan kerajaan untuk duduk di rumah tambahan pula kini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula. Tetapi masih tetap ada juga yang masih berdegil!

Buktinya, kini makin ramai individu yang ditahan dan dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan akibat ingkar arahan ketika PKP sedang dilaksanakan terutama golongan belia dan remaja yang gemar melepak di luar bersama kawan-kawan.

Iklan

Mereka yang didapati bersalah akan dikompaun RM1,000 selaras dengan Akta 342 dibawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Hakikatnya mereka bukan sahaja bakal menerima kompaun jika masih berdegil, tetapi turut berisiko dijangkiti virus pembunuh Covid-19 yang kini semakin aktif dan telah menular hampir di semua tempat.

Iklan

Lebih menyedihkan, sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri itu turut mampu menjejaskan ahli keluarga lain tambahan pula jika mereka masih tinggal bersama ibu ayah yang merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

Baru-baru ini tular di Facebook satu mesej yang dihantar oleh seorang bapa kepada anaknya yang dikenali sebagai Afiq.

Mesej itu dipercayai dihantar melalui aplikasi WhatsApp yang memperlihatkan keluhan hati seorang bapa terhadap anaknya yang berdegil untuk tetap keluar dan tidak pernah ‘lekat’ duduk di rumah.

Namun, mesej tersebut tersalah hantar dan telah diterima oleh individu lain dan kini tular setelah individu tersebut berkongsikannya di Facebook. Mesej yang ingin disampaikan sangat serius tetapi kesilapan penghantaran itu membuatkan warganet terhibur.

Antara isi kandungan mesej tersebut adalah seperti :

Namun, individu yang menerima mesej salah tersebut juga memberi respon dengan memberi salam dan memaklumkan kepada ‘si ayah’ yang beliau tersalah hantar mesej.