Mawar Karim, anak bebas Covid-19, kongsi pengalaman

Iklan
Untitled design (67)

PENGASAS tudung terkemuka, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Wan Maryan telah bebas daripada virus Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Berkongsi perkembangan terbaharu mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Story miliknya, Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar memberitahu mereka berdua sudah sihat sepenuhnya, manakala ayah Mawar semakin pulih.

Iklan
Iklan

"Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.

"Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.

Iklan

"Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” tulisnya.

Berkongsi simptom yang dialaminya sebelum disahkan positif, Mawar berkata, pada awalnya dia mengalami demam panas, manakala Maryam tidak mengalami apa-apa simptom.

Iklan

"Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.

"Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun taka da tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.

"Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.

"Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” ujarnya.

[caption id="attachment_34022" width="1024"] Antara sesi soal jawab yang dikongsikan Mawar menerusi akaun Instagram miliknya.[/caption]

Sebelum ini, Mawar dan anaknya disahkan dijangkiti Covid-19 pada 4 Januari dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan lebih kurang 10 hari.

Terdahulu Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pasangan itu telah bercerai pada Julai 2019.