APABILA sebut sahaja sengkenit atau lebih dikenali sebagai kutu babi, mereka yang pernah terkena gigitannya sahaja tahu kesakitannya.
Sengkenit yang juga dipanggil cengkenit, kutu babi, tempiras atau pirah adalah bintang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita.
Ia juga arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea di dalam kelompok hama.
Ia merupakan ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.
Rupa-rupanya setelah tiga hari baru diketahui ia berpunca dengan gigitan kutu babi.
Kisah kutu babi pada kelopak mata dimuat naik oleh pengguna TikTok @faizaanoer24.
Katanya, dia menyangka hanya bintik merah biasa namun kanak-kanak tersebut mengatakan sangat menyakitkan.
Menerusi video yang dikongsi, ia menunjukkan kanak-kanak itu dengan mata bengkak dan merah.
Video yang dikongsi itu mendapat perhatian pengikutnya dan ada yang mengatakan bahawa kutu babi berbahaya dan sebilangan daripada mereka memaklumkan bahawa masa sebulan diperlukan untuk sembuh ketika mereka digigit kutu.
Sebenarnya sengkenit ini juga membawa virus yang tidak kurang bahaya kepada manusia cuma ancaman yang jarang didengar dan tidak ada laporan yang direkodkan di negara kita.
Baca juga Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsa
Semoga bermanfaat!