‘Akan terus mendukung namamu hingga ke syurga…’ – Ucapan sayu Hidayah sempena ulang tahun kelahiran Abam

Iklan
Untitled design (80)

HARI ini, merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ke-33 pelawak dan pelakon, Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Bagi balu Allahyarham, Siti Nurhidayah Mohd Ali, pastinya sukar apabila tidak lagi berkesempatan untuk meraikan hari jadi suami tercinta.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun ujar Hidayah, 29, dia telah meminjam kekuatan, keberanian dan semangat arwah suaminya untuk meneruskan hidup.

"Aku? Akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya.

Iklan

"Tak semestinya tidak pergi ke tempatmu (kubur), aku lupakan mu. Tidak setiap masa, setiap saat, setiap detik, tidak pernah ku lupakan, aku selitkan namamu di dalam doaku dan setiap sujudku.

"Al-Fatihah untukmu, imam ku, Syed Umar Mokhtar,” luahnya menerusi Instagram miliknya.

Iklan

[caption id="attachment_34429" width="1024"] Anak tunggal Allahyarham Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.[/caption]

Tambah Hidayah, dia juga akan terus berjuang dalam membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai, akan ku jaga dan bimbing anak kita agar menjadi anak yang soleh.

"Agar bila besar, dapat mendoakan ayahnya di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu.

"Aku akan terus kuat dan teruskan perjuangan untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama.

"Berehatlah sayang, damailah sayang, bersemadilah sayang,” ujarnya yang kini mengusahakan kedai makan di Sabak Bernam.