Susah nak tempah kek hari jadi anak kerana PKP, ibu-ibu boleh guna resepi mudah Che Nom

Iklan
kek che nom pkp

MUSIM Covid-19 yang masih melanda negara tidak menghalang ibu-ibu untuk merancang menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak dalam majlis kecil-kecilan bersama ahli keluarga.

Hanya sambutan kecil di rumah bersama adik-beradik dan ibu bapa tercinta sudah cukup membuatkan birthday boy atau girl tersenyum bahagia.

Iklan
Iklan

Jika sebelum ini ibu-ibu mudah untuk menempah kek dengan penjual online yang dikenali atau terus membeli di kedai kek berhampiran, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan semuanya.

Apa kata buat sendiri di rumah dengan berpandukan resipi yang dikongsikan vlogger masakan terkenal, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar.

Iklan

Tulis Che Nom dalam blognya, resipi Oreo Cheesecake yang dikongsikan cukup mudah disediakan tanpa perlu dibakar.

Iklan

"Cuma sejukkan dalam peti ais saja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy, tak muak rasanya dan bila makan sejuk-sejuk, macam makan aiskrim.

"Buat peminat oreo dan cheese, anda pasti suka. Resepi ini menghasilkan cheesecake kecil saiz 6 inci. Boleh gandakan resepi dan guna loyang 11 inci atau 12 inci," tulisnya sambil memberitahu resipi sama boleh diolah untuk membuat Oreo Red Velvet.

Wow, memang best! Mudah disediakan tanpa perlu dibakar menggunakan ketuhar gelombang mikro. Hanya ketuk-ketuk, kacau-kacau dan sejukkan dalam peti sejuk.

Bunyinya macam senang sajakan? Hanya mengikut resipi yang dikongsikan di bawah ini, ibu muda pun tak perlu bersusah payah atau risau jika kek yang dimasak hangus.

Resipi Oreo Cheesecake

Bahan untuk lapisan bawah (crust)

  • 12 biji oreo (asingkan inti gula)
  • 2 sudu besar/ 30gram butter unsalted

Bahan untuk lapisan tengah (filling)

  • 250 gram cream cheese
  • Inti gula (dari pada12 biji oreo di atas)
  • 2 sudu besar/ 28gram gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar jus lemon
  • ¾ sudu besar serbuk gelatin
  • 200 mililiter whipping cream
  • 6 biji biskut oreo (patahkan)

Bahan untuk serbuk lapisan atas

  • 5 biji biskut oreo (buang inti gula)

Cara membuat lapisan kerak bawah:

  1. Kepingan biskut Oreo yang sudah diasingkan inti dihancurkan untuk lapisan bawah kek.
  2. Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk oreo.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam loyang (springform yang boleh dibuka bahagian bawah) dan ratakan.
  4. Tekan rata dengan sudu dan simpan ke dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk adunan coklat cheesecake:

  1. Perah lemon dan ambil jusnya.
  2. Kemudian letak gelatin, tambah air pada suhu bilik sedikit bagi gelatin lembut dahulu, kemudian tambah air panas sedikit dan kacau sampailah larut.
  3. Patah-patahkan biskut Oreo.
  4. Masukan creamcheese ke dalam mangkuk adunan diikuti dengan inti gula Oreo (dari Oreo bahagian kerak tadi), lenyek-lenyekan supaya adunan bergaul sebati dengan creamcheese.
  5. Diikuti dgn esen vanilla, jus lemon dan gelatin, kacau sebati.
  6. Sediakan whipping cream.
  7. Putar sampai jadi pekat kental.
  8. Masukkan whipping cream ke dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sekata.
  9. Kemudian masukan Oreo (telah dipatahkan).
  10. Keluarkan loyang dari peti ais dan tuang kesemua adunan
  11. Ratakan permukaan, balut plastik dan masukan ke dalam sejuk beku 10 minit.

Cara-cara untuk membuat ganache:

  1. Asingkan biskut dan inti gula kemudian hancurkan biskut tadi.
  2. Tabur sekata atas adunan cheesecake dan ratakan.
  3. Balut plastik dan sejukkan semalaman.

Che Nom juga tidak ketinggalan memberi tip kepada ibu-ibu yang mencuba resipi tersebut.

Bagi memudahkan kek dikeluarkan, lilit loyang dengan tuala yang dicelup dengan air suam, katanya.

"Bagi mendapatkan potong kek cantik dan kemas, ibu-ibu perlu merendam terlebih dahulu pisau ke dalam air panas dan lap bersih sebelum memotong kek," kata Che Nom berkongsi petua.

Okey! Selamat mencuba ya.