“Semoga Allah ampunkan dosa saya” Ebit Lew sayu tak mampu bantu orang susah

Iklan
“Semoga Allah ampunkan dosa saya” Ebit Lew sayu tak mampu bantu orang susah

PENCERAMAH popular, Ebit Lew semalam berkongsi satu posting di laman sosial miliknya beserta sekeping gambar yang menyatakan beliau baru sahaja membeli 100 buah Tab untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan.

Tambahan pula kini pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan telah pun bermula sejak Rabu lepas.

Iklan
Iklan

Namun, cuma separuh hari sahaja posting itu di maut naik, beliau telah menerima sebanyak 43,000 permintaan daripada orang ramai bagi mendapatkan tab untuk anak-anak mereka.

Angka itu pastinya mengejutkan beliau dan ia sangat jauh daripada sasaran yang diletakkan tambahan pula Tab yang ada cuma 100 buah sahaja.

Iklan

Mana mungkin beliau mampu untuk menapis kesemua puluhan ribu permintaan yang memohon.

Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, ramai juga dalam kalangan yang meminta tab itu terdiri daripada orang kelainan upaya, tiada pekerjaan, anak yatim piatu serta bergaji kecil.

Iklan

Dalam masa sama, tidak kurang juga masih ramai lagi insan-insan di luar sana yang turut memerlukan bantuan perubatan.

Dalam pada itu, menjengah ke ruang komen, orang ramai juga mengharapkan semoga ada insan lain sebaik Ebit Lew yang berkemampuan untuk sama membantu melakukan kerja-kerja yang serupa dibuat Ebit.

Orang ramai juga dilihat berusaha membantu dengan menyebarkan no akaun bank milik Ebit Lew untuk mendapatkan kutipan bagi sama-sama membantu agar dapat meringankan beban yang ditanggung Ebit.

Semoga dipermudahkan segala urusan hero kita!