Sesak nafas, Roy Ratnaku dimasukkan ke hospital

Iklan
Roy Ratnaku

PENYANYI yang popular dengan lagu Ratnaku, Roy dimasukkan ke Hospital Banting, pada Jumaat, akibat sesak nafas.

Menurut Roy atau nama penuhnya Mohammad Rauzan Alwi, 57, sebagaimana dilaporkan sebuah media, doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kuman di paru-paru.

Iklan
Iklan

"Saya fikir hanya sesak nafas biasa, namun selepas pemeriksaan dilakukan, saya diberitahu terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.

"Sekarang ini pun saya masih rasa sesak nafas. Nak bercakap banyak pun tak larat sangat.

Iklan

"Disebabkan ada jangkitan kuman, perlukan rawatan segera. Cuma saya tidak tahu berapa lama akan ditahan,” ujar bekas peserta Gegar Vaganza musim keenam itu lagi.

Sementara itu, Roy turut memaklumkan dia juga menjalani ujian saringan Covid-19 dan masih menunggu keputusan

Iklan

"Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Harap-harap janganlah begitu,” katanya.