SEPERTI ramai sedia maklum, pelajar tingkatan lima kini sudah memulakan kembali sesi persekolahan mereka dan giat membuat persediaan bagi mereka menghadapi peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan hadapan.
Sementara itu sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga telah diguna pakai bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Maka kini cikgu-cikgu pun dah mula buat grup menggunakan aplikasi Telegram untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Oleh itu, salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nora's Noraziyan berkongsi kepada umum cara-cara untuk mengasingkan setiap grup supaya tidak ketinggalan dan bercampur dengan grup yang sedia ada dengan menggunakan fungsi ‘folder’.
Beliau juga mengharapkan semua guru yang masih menggunakan aplikasi WhatsApp bertukar kepada grup Telegram kerana ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.
Bila kita dah ‘create folder’, segala grup chat akan diasingkan mengikut folder yang kita asingkan. Makai a akan lebih memudahkan dan tidak akan terlepas pandang segala mesej yang cikgu sampaikan dalam grup.
Tambahan pula nak cari apa-apa maklumat juga lebih mudah!
Untuk pengguna Android, cara untuk melakukannya hanya perlu membuat empat langkah mudah ini. Langkahnya adalah seperti :
- Tekan baris ke-3 bahagian kiri atas Telegram.
- Pilih setting
- Click folder
- Akhir sekali create new folder
Done! Mudah bukan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Kredit : Facebook Nora's Noraziyan