Shuk Sahar digantung perkhidmatan sebagai penyampai Hot FM

Iklan
SHUK HOT FM

PELAWAK Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Iklan
Iklan

"Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

"Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Iklan

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Iklan

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.