KINI sistem pendidikan dari tadika, taska sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi perlu dibuat dengan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan konsep bekerja dari rumah (BDR), salah satu perkara yang perlu diuruskan oleh ibu bapa juga adalah berkaitan kelas pembelajaran untuk anak-anak mereka yang kini dibuat secara online.
Oleh demikian, dalam usaha untuk memudahkan ibu bapa memantau dan menguruskan kelas pembelajaran anak-anak, kini sebuah aplikasi berasaskan web yang dikenali sebagai Jadualku.
Aplikasi berasaskan web itu diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa mengemas kini jadual anak-anak dengan lebih sistematik.
Jadualku memudahkan pengguna menambah jadual pembelajaran dan pengajaran secara atas-talian sekali gus menguruskan masa pembelajaran untuk setiap anak-anak.
Selain itu, Jadualku juga merupakan sebuah halaman berasaskan web yang disediakan untuk memudahkan pengguna menyemak jadual mahupun menyertakan pautan bersama dengannya.
Bagi korang yang mempunyai anak dan ingin menguruskan jadual pembelajaran mereka dengan mudah serta lebih teratur, boleh mencuba Jadualku hari ini.
Cara menggunakannya juga cukup mudah! Pantau kelas anak korang dengan tiga langkah mudah:
1.Daftar anak
- Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://jadualku.com/
- Masukkan nama dan avatar yang dipilih.
2. Tambah jadual waktu
- Tambah jadual waktu kelas anak korang bersama pautan Google classroom.
3. Pautan jadual waktu
- Simpan pautan jadual waktu di Home Screen peranti mereka.
Senang bukan? Ia juga mudah difahami dan boleh digunakan untuk pelajar sekolah rendah, menengah, mahupun universiti.
Selamat mencuba!