Bapa Zalif Sidek meninggal dunia

Iklan
Untitled design (99)

BAPA kepada pelakon Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin.

Menurut Zalif, bapanya yang menghidap kanser paru-paru dan masalah jantung dikejarkan ke Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada malam Ahad akibat sesak nafas.

Iklan
Iklan

"Malam tadi selepas makan malam, ayah nampak macam semput. Walaupun diberikan gas oksigen, dia nampak masih sukar untuk bernafas.

"Jadi terus call ambulans untuk hantar ke IKN. Bagaimanapun keadaan kesihatan beliau semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia jam 7.10 malam tadi," katanya kepada SinarPlus.

Iklan
Iklan

Tambah Zalif, jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok pagi di tanah perkuburan berhampiran rumah mereka di Bandar Seri Putra, Kajang.