Boss susu kongsi kisah kejayaan beli jenama jem berusia 123 tahun dan miliki kilang di Australia

Iklan
Boss susu kongsi kisah kejayaan beli jenama jem berusia 123 tahun dan miliki kilang di Australia

"Ini barulah susu segar” itu adalah tag line yang selalu disebut oleh usahawan susu, Azmi Zainal atau juga mesra dikenali dengan panggilan Boss Susu.

Boss Susu merupakan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Sdn Bhd dan beliau kini semakin terkenal setelah muncul sebagai penaja rasmi rancangan Gegar Vaganza terbitan Astro.

Iklan
Iklan

Kisah beliau juga dalam membawa kejayaan demi kejayaan Farm Fresh sering menjadi sebutan malahan inspirasi orang ramai.

Iklan

Terbaharu, beliau juga berkongsikan perkembangan terkini mengenai perniagaannya di Facebook yang dikatakan telah membeli sebuah kilang di Australia.

Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menjadi pemilik baharu satu jenama produk jem terkemuka yang menjadi kebanggaan rakyat Autralia.

Iklan

Mana tidaknya, jenama produk jem yang dibeli Boss Susu itu telah berada dalam pasaran selama 123 tahun. Cukup lama bukan?

"Kisah pelaburan kami di Australia selalunya brader cerita sikit-sikit sahaja.

Menurut Boss Susu, untuk membina kilang baharu di Australia ia akan mengambil masa dan pelbagai syarat yang ketat terpaksa diikuti.

Tambah Boss Susu lagi, kini jenama jem IXL telah berada di Malaysia dan ia milik rakyat Malaysia sepenuhnya.

Terbaik Boss Susu! Teruskan berjuang dan mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia. Tahniah!