Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera

Iklan
Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera

ANAK anugerah yang sangat bernilai.

Menyaksikan pembesaran mereka setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan semua yang bergelar ibu dan bapa.

Iklan
Iklan

Pun begitu, ibu bapa perlu faham bahawa setiap anak adalah berbeza perkembangannya.

Iklan

Sekiranya mendapati anak tidak mencapai kemahiran setanding usia, sebaiknya berjumpalah pakar.

Walaupun ada sahabat atau saudara terdekat yang cuba sedapkan hati kita, ada kala kita sendiri kena jadi tegas.

Iklan

Masa yang dibuang itu umpama sungai yang terus mengalir meninggalkan kita.

Anak sangat harapkan kita. Kita sajalah harapan untuk bantu mereka.

Begitulah perkongsian seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal.

1. Otot leher bayi masih terlalu lembik walaupun sudah berusia lebih dari 3 bulan.

2. Anak seolah-olah seperti tak mendengar.

3. Tak nampak cubaan anak untuk cuba mendengar.

4. Tak beri respon langsung bila nama dia dipanggil atau tiada respon apabila kita sebut"No” (tidak/tak) masa umurnya dah cecah 1 tahun.

5. Mata anak tak dapat fokus pada muka mak atau ayah masa umurnya sudah 6 minggu.

Baca juga Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat

Jadilah mak ayah yang peka pada keadaan anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Redza Zainol