BUNGA telang memang sudah sinonim dalam penyediaan makanan dan kuih muih. Namun ia lebih popular di Pantai Timur.
Kaum Cina juga banyak menggunakan bunga telang dalam makanan terutamanya dalam penyediaan manisan dan kuih muih.
Bunga telang ni banyak khasiatnya yang ramai antara kita tidak tahu:
1. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
2. Melancarkan haid dan mencuci darah kotor
Ramuan herbal tanaman bunga telang juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk melancarkan haid. Minuman teh bunga biru ini juga bermanfaat untuk membersihkan darah kotor.
3. Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang daripada bunga telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
4. Merawat ulser mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang ke dalam air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
5. Mengubati sakit mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dengan merendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.
6. Mengatasi sembelit
Biji kacang bunga telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.
7. Sebagai detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
8. Mengubati batuk
Akar bunga telang dapat ubati batuk. Rebus akar bunga telang dan amalkan sehingga batuk sembuh
9. Menyembuhkan luka
Luka yang disebabkan jatuh, terkena benda tajam, atau akibat melecet juga boleh disembuhkan dengan herbal berkhasiat ini. Kandungan fitokimianya juga berkesan untuk mencegah jangkitan
10. Mengubati bronkitis
Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam mengubati bronkitis.
Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapat khidmat nasihat pakar jika mempunyai tanda-tanda sakit seperti di atas.
Foto: unsplash
Penulis: fatin syazwani mohd hanif