‘Hari ini kelas Iqra pertama kami,’ – Nabila Huda teruja belajar Iqra buat pertama kali

Iklan
Untitled design (75)

PELAKON dan pengacara, Nabila Huda mengakui teruja apabila dapat mempelajari Iqra buat pertama kali dalam hidupnya.

Jelas Nabila, dia membuat keputusan untuk mengikuti kelas mengaji anaknya, Keisha Laila, 11 tahun.

Iklan
Iklan

"Selain daripada belajar bahasa Spanish and Mandarin,  hari ini (Isnin) adalah hari pertama kali belajar Iqra  bersama.

"Disebabkan kami selalu berentap nak menang dalam apa-apa persaingan, saya putuskan untuk sertai kelas mengaji Keisha.

Iklan

"Tentunya saya rasa teruja sebab seumur hidup tidak pernah belajar Iqra. Sebelum ini hanya belajar muqadam sahaja.

"Jadi kita lawan tengok siapa paling power, ok?” tulis Nabila menerusi Instagram miliknya.

Iklan

Perkongsian Nabila, 37, mendapat respons positif, bukan sahaja daripada peminat tetapi juga rakan selebriti.