GARA-GARA kerajaan memperkenalkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Shopee dilaporkan telah mencatat permintaan yang memberangsangkan untuk gajet teknologi pembelajaran dan bekerja dari rumah dalam tempoh 11-15 Januari.
Hal tersebut bertepatan dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana lebih 550,000 unit terjual hanya melalui platform e-dagang tersebut.
Memetik laporan portal media tempatan, Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata, penjualan platform e-dagang itu melonjak empat setengah kali ganda dalam tempoh lima hari itu berbanding tempoh yang sama semasa PKP pertama tahun lepas.
Antara item yang hit dijual adalah seperti :
- Komputer riba
- Telefon pintar
- Tablet
- Komponen rangkaian
- Papan kekunci
- Pencetak dan sistem audio
Tambahan pula ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak di sekolah untuk sesi e-pembelajaran boleh mendapatkan tawaran secara bundle atau"add-on'’ mengikut jenama dan peruncit di platform masing-masing bagi menikmat lebih banyak penjimatan.
Tambahan pula terdapat juga ‘reseller’ yang boleh dipercayai di platform kami yang menjual komputer riba terpakai dan diperbaharui dengan harga bermula dari RM325 sekiranya ibu bapa memerlukan lebih daripada satu komputer riba untuk anak-anak mereka dan mempunyai sumber yang terhad.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) Danny Lee pula berkata, pertubuhan itu menyaksikan permintaan untuk gajet teknologi meningkat dari masa ke semasa kerana keperluan untuk penggunaan peranti itu di rumah kian mendesak sejak bermulanya fasa bekerja dari rumah dan sesi pembelajaran dalam talian.