Zeta: When The Dead Awaken ‘mengganas’ di Astro First bermula hari ini

Iklan
Untitled design (84)

FILEM berkaitan zombi sememangnya bukan baru di industri perfileman Hollywood, mahupun di negara Asia seperti Korea Selatan dan Malaysia sendiri.

Namun di Indonesia, filem yang mengangkat kisah zombi ini belum pernah diketengahkan secara komersial.

Iklan
Iklan

Menyedari sambutan penonton terhadap filem bergenre seram thriller ini mendorong Swan Studios menerbitkan filem Zeta: When The Dead Awaken.

Filem yang diarahkan oleh Amanda Iswan yang turut bertindak selaku penulis skrip, membariskan pelakon baru dan lama seperti Cut Mini, Dimas Aditya, Edo Borne, Willem Bevers, Joshua Pandelaki, Jeff Smith dan ramai lagi.

Iklan

Zeta sudah mula ‘mengganas’ di pawagam rumah anda bermula hari ini, 28 Januari dan boleh ditonton menerusi saluran On Demand dan Astro First.

Berkongsi mengenai pembikinan Zeta, Amanda berkata, mengarah filem buat pertama kali sedikit sebanyak memberi cabaran buatnya, namun dalam masa sama, dia bertuah kerana mendapat team produksi filem terbaik di Indonesia.

Iklan

"Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.

"Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia. DOP (pengarah fotografi) saya ialah Amalia Trisnasari, pengarah seni adalah Benny Lauda, artis solekan adalah Chaery Wirawan, pereka kostumnya adalah Dara Asvia; mereka semua telah memenangi lebih dari satu piala anugerah dalam industri filem Indonesia.

"Mereka dengan rendah hati berkongsi pengetahuan mereka dengan saya dan melayan saya secara profesional. Oleh itu, saya dapat mengarahkan Zeta dengan sikap positif,” ujarnya.

Ditanya mengenai cabaran untuk menyiapkan Zeta, Amanda berkata, mereka mempunyai masa yang terhad, namun dia sedaya upaya memastikan semua memberi hasil yang terbaik.

"Saya rasa aspek yang paling sukar adalah kenyataan bahawa kita harus mengambil sekitar enam hingga 13 adegan setiap hari, kerana kita hanya mempunyai masa penggambaran yang pendek.

"Dua dari adegan pertempuran diambil pada hari yang sama dalam waktu sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan; dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza).

"Tetapi di sebalik semua kesusahan, ini adalah filem pertama yang saya buat dan saya banyak belajar melaluinya,”jelasnya.

Zeta: When The Dead Awaken mengisahkan Deon (lakonan Jeff Smith), seorang budak sekolah menengah berusia 16 tahun dan ibunya, Isma (lakonan Cut Mini) yang menderita tahap awal Alzheimer, terperangkap dalam sebuah apartmen mereka semasa wabak misteri menyerang secara tiba-tiba.

Atas usahanya untuk mengumpulkan bekalan makanan, Deon menyerang Reza (lakonan Dimas Aditya), seorang pekerja binaan yang dalam perjalanan ke apartmen saudaranya, Reyhan (lakonan Edo Borne).

Setelah melihat keadaan Isma, Reza bersetuju untuk membawa mereka ke apartmen Reyhan, kerana dia memiliki radio yang dapat digunakan untuk menghubungi tentera.

Sementara itu, bapa Deon, Dr. Ricahrd Riss (lakonan Willem Bevers) seorang saintis terkenal, bergabung dengan pasukan khas negara yang dipimpin oleh Colonel Vito (lakonan Joshua Pandelaki) untuk mendapatkan serum.

Semasa dalam perjalanan, mereka bertemu dengan geng Blue River, kumpulan gerila anti-zombie yang diketuai oleh Maya (lakonan Natasha Gott) dan Ario (lakonan Revaldo Vivaldi). Adakah tentera dapat menyelamatkan Deon sebelum terlambat?