SABAN hari pasti ada sahaja maklumat yang tidak pasti yang tular seperti baru-baru ini terdapat satu informasi mengenai kaedah rawatan diet pesakit yang perlu diamalkan oleh pesakit Covid-19.
[caption id="attachment_5930" width="1024"] MESEJ yang tular di aplikasi Whatsapp.[/caption]
Memetik perkongsian di laman Facebook Dr Hana Hadzrami, maklumat tersebut merupakan maklumat palsu.
"Ini maklumat palsu ya! Vitamin C tak tersenarai dalam rawatan pesakit Covid-19. Tak wujud arahan makan makanan asid alkali dalam diet pesakit kami.
"Dan bila masanya kami jemur pesakit.
"Ini mesti taktik peniaga vitamin nak jual produk,” tulisnya.
Berkisar mengenai diet pemakanan pesakit Covid-19, Sinar Plus hari ini mendapatkan perkongsian seorang bekas pesakit berkenaan, Abdul Azim Wafiy Zainal Arif.
Kongsinya, amalan diet pemakanan yang tular tersebut adalah amalan pesakit secara sendiri sebagai salah satu ikhtiar buat diri.
Saranan tersebut hanya dikongsi sesama pesakit semasa tempoh isolasi sahaja.
Mengakui mengamalkan beberapa amalan tersebut, Abdul Azim turut berkongsi beliau turut mengamalkan amalan dengan meminum air teh habbatus sauda jintan hitam.
"Saya turut mencari ikhtiar sendiri dengan mengamalkannya dan Alhamdulillah saya kini bebas daripada wabak berkenaan,” jelas Abdul Azim.
Abdul Azim disahkan positif Covid-19 selepas menjadi salah seorang kontak rapat kepada rakan sekerjanya di Jabatan Ukur Ipoh, Perak pada 24 Mac lalu.
#janganputusasamalaysia