'Tulisnya patuh syariah tapi guna gambar orang sesuka hati'- Alha Alfa

Iklan
alha alfa

DALAM zaman modenisasi hari ini golongan ‘terdesak’ tegar menipu itu dan ini demi mendapatkan duit.

Iklan
Iklan

Bahkan, ada yang sanggup memperdayakan orang ramai dengan  melibatkan agama.

Inilah situasi dialami oleh jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang mana namanya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

[caption id="attachment_35524" width="774"] ALHA menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai iklan yang menggunakan nama dan wajahnya.[/caption]

Iklan

Menerusi posting di dalam laman sosial Instagram @alhaalfa, beliau meminta orang ramai khususnya followers supaya tidak mempercayai pihak yang didakwa scammer.

Iklan

"Selepas itu guna gambar orang sesuka hati,” tulisnya.

Alha turut menasihati supaya tidak mudah mempercayai apa yang dipromosikan pihak berkenaan.

[caption id="attachment_35525" width="640"] ALHA bersama pasukan membantu memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.[/caption]

"Kalau orang claim saya belajar dengan mereka kelas marketing, buat pinjaman atau apa jua kelas, tolong jangan percaya.

"Tidak ada! Jangan mudah nak menipu orang lain dengan maklumat-maklumat palsu macam ini ya guys,” tegas beliau.

[caption id="attachment_31379" width="1024"] ALHA kecewa dirinya terpalit dalam promosi oleh pihak yang menggaut keuntungan menggunakan saluran salah.[/caption]

Dalam posting sama, Alha juga memuat naik iklan sebuah syarikat yang memaparkan gambar beliau dalam kempen berkenaan.