Bapa pereka fesyen Rizman meninggal dunia dalam tidur

Iklan
08F42382-3E5D-4CE7-99CE-E6C9B604A8E9

BAPA pereka fesyen Rizman Nordin, Nordin meninggal dunia hari ini.

Perkhabaran duka tersebut dikongsikan Rizman menerusi laman sosial Instagramnya @rizman.n kira-kira tiga jam lalu.

Iklan
Iklan

"Innalillahwainalillahirajiun...Assalamualaikum. Ayah saya, Nordin baru saja dijemput ILLAHI.

Iklan

Dalam pada itu, Rizman yang memiliki seorang cahaya mata perempuan itu turut menitipkan doa buat arwah bapanya yang dipanggil ‘baba’.

[caption id="attachment_35533" width="1024"] KENANGAN. Rizman (kanan) bersama arwah bapanya pada majlis persandingan beliau dan isteri, Nurida Suraya (kiri).[/caption]

Iklan

"Man doakan semoga baba berada dalam lindungan ALLAH, diampunkan segala dosa di dunia dan di akhirat. 

"Man doakan juga semoga roh baba dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Dipelihara di alam kubur dan diperluaskan kuburnya sepertimana salah satu taman syurga ALLAH dan semoga baba berada di alam sana dengan tenang,” coret beliau.

Dalam posting sama, Rizman juga memuat naik lima keping gambar kenangan yang dirakam bersama bapanya.

Sementara itu, rakan artis turut menzahirkan ucapan takziah buat Rizman atas kehilangan bapa tercinta. 

[caption id="attachment_35532" width="640"] FAZURA (kanan) juga menitipkan ucapan takziah kepada Rizman atas pemergian bapa tersayang hari ini.[/caption]

Antaranya, sahabat baik beliau pelakon, Fazura dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Ini termasuklah, selebriti Lisa Surihani, Elfira Loy, Siti Sarah dan Ziana Zain.

Untuk rekod, Rizman merupakan pengasas label fesyen Rizman Ruzaini yang diasaskan bersama pereka, Wan Ruzaini Wan Jamil (Ruzaini).