SEPERTI ramai sedia maklum, Covid-19 sangat berisiko menyerang golongan seperti kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil.
Oleh demikian orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential).
Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di hospital.
Namun, menjadi seorang pesakit Covid-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan, lebih-lebih lagi jika ahli keluarga atau orang yang kita sayang terpaksa bertarung tanpa ahli keluarga lain disisi saat bertarung melawat virus pembunuh tersebut.
Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @janatunmaqwa, menceritakan bagaimana ahli keluarga yang menjadi mangsa wabak tersebut sehingga meragut nyawa insan yang mereka sayangi.
Mari kita ikuti entri @janatunmaqwa untuk mengetahui pahit getir dia dan keluarga berhadapan Covid-19.
Wanita yang juga dikenali dengan panggilan Aju itu juga mendakwa ayahnya masih mampu bercakap dan membuat panggilan video.
Tambah Aju lagi keluarganya sedikit beruntung kerana kebetulan pengurus jenazah ayahnya adalah ayah kawan abangnya.
Mereka sekeluarga hanya berpeluang melihat rakaman pengurusan jenazah ayah melalui video yang dirakam oleh kenalan abangnya melalui cermin kaca.
Lihatlah berapa peritnya ujian yang dihadapi keluarga ini. Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang. Sakitnya lebih mendalam daripada sepasang kekasih memutuskan percintaan walaupun dah bertahun bersama.
Jadi, bagi meningkatkan lagi keberkesanan PKP kali ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas.
Selain itu, jangan lupa amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid-19. Ingatlah orang yang tersayang!