Hubungan dengan PU Riz, keluarga Neelofa semakin pulih

Iklan
Untitled design (91)

PENGACARA dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor mengakui hubungannya dengan Haris Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz, semakin baik selepas kontroversi yang melanda mereka awal tahun ini.

Jelas Neelofa, sama seperti pasangan lain, mereka juga ada melalui tempoh salah faham dan ada dugaan tersendiri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun semua itu sudah diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.

"Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.

Iklan

"Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengganggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga.

"Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif," katanya.

Iklan

Neelofa berkata demikian semasa sidang akhbar bersama pihak media untuk pelancaran aplikasi TheNoor hari ini.

Ia adalah sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan.

Selain itu, ia turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

[caption id="attachment_35553" width="1024"] Neelofa memaklumkan hubungan Haris dan keluarganya semakin baik.[/caption]

Ditanya mengenai perhubungan Haris dengan keluarganya yang sebelum ini dilihat turut berantakan apabila adik-beradik Neelofa tidak lagi mengikuti Haris di media sosial, Neelofa berkata, selepas duduk berbincang dan menerangkan situasi sebenar, semuanya semakin pulih.

"Ketika keadaan tegang baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.

"Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.

"Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.

"Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan," jelasnya.

Hubungan Neelofa dan PU Riz mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu apabila adik-beradik Neelofa dilihat memuatnaik beberapa 'quote' sama mengenai warna sebenar seseorang.

Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila mereka tidak lagi mengikuti Instagram PU Riz termasuk ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed.

Kisah mereka semakin hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa, Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah menikah secara rahsia di Kelantan, selain memindahkan sejumlah wang ke akaun Haris.

Bagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan Neelofa beberapa hari selepas itu.

[caption id="attachment_35555" width="1024"] Neelofa tidak menafikan, mahupun mengiyakan desas-desus yang mengatakan perkahwinan mereka akan diawalkan.[/caption]

Sementara itu, ditanya desas-desus yang mengatakan tarikh perkahwinan mereka akan dipercepatkan dalam masa terdekat, Neelofa berkata, dia akan memberi kenyataan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.

"Insya-ALLAH selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat," ujarnya.