Elak bakteria membiak, doktor ini dedah cara 'defrost' barang mentah yang betul

Iklan
Elak bakteria membiak, doktor ini dedah cara 'defrost' barang mentah yang betul

SINARPLUS percaya ramai ibu-ibu yang bekerja dan sibuk menyimpan banyak bekalan bahan mentah untuk dimasak dalam peti sejuk beku.

Namun, tahukah korang, bahan mentah yang disimpan itu boleh digunakan dalam jangka masa berapa lama?

Iklan
Iklan

Dan bagaimana cara yang betul untuk 'defrost' atau nyahbeku bahan mentah tersebut agar tidak terdedah pembiakan bakteria.

Ini perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Iklan

Katanya, sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Iklan

Selain itu, cara nyahbeku bahan mentah yang betul adalah;

1. Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.

3. Gunakan fungsi"defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.

Baca juga Tak perlu ‘lantik’ diri jadi doktor Google, serahkan kepada pakar yang bertanggungjawab

Menurutnya, jika tidak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.

Semoga bermanfaat!