Hetty Sarlene selamat bersalin, kongsi wajah dan nama anak

Iklan
Untitled design (94)

PENYANYI Hetty Sarlene selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis (28 Januari), kira-kira jam 3.25 petang.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri bintang program Gegar Vaganza musim kelima kelima itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

"3.25 petang, anak lelaki kami selamat dilahirkan. Berat 3.2 kilogram.

"Kami perkenalkan si kecil kami yang kacak, Landon Alexander Oakes.

Iklan

"Segala kesakitan, kurang tidur pada waktu malam, hampir 16 jam di bilik bersalin, 2-3 minit sakit bersalin yang kuat, segalanya berbaloi,” tulisnya.

[caption id="attachment_35636" width="1024"] Hetty selamat bergelar ibu semalam.[/caption]

Iklan

Pasangan ini menanti hampir empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan Hetty menyifatkan anaknya itu sebagai ‘baby lockdown’ memandangkan Singapura menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.