Penampilan istimewa Dr Zulkifli dalam Gema Haflah Munajat

Iklan
Gema Haflah Munajat

SETELAH berakhirnya rancangan Haflah pada 23 Januari lalu, TV AlHijrah membawakan, Gema Haflah Munajat.

Program yang menjadi kemuncak buat rancangan Haflah itu akan disiarkan pada Sabtu, 30 Januari ini, tepat jam 9 malam secara siaran langsung.

Iklan
Iklan

Menerusi Gema Haflah Munajat, hati para penonton akan disirami dan dibajai dengan pembacaan Al-Quran dengan penuh tertib dan menggunakan maqam seni taranum seperti Bayati, Nahawand, Rast, Jiharkah, Sikah dan Hijaz.

Memberikan kelainan pada sesi siaran langsung ini, Gema Haflah Munajat menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai tetamu istimewa yang berperanan sebagai pentausiyah.

Iklan

Tambah menarik beliau akan bersama barisan Qari kebangsaan seperti Ahmad Tirmizi Ali, Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Dr. Anuar Hasin, Wan Ainuddin Hilmi, Wan Fakhrul Razi, Abdul Khair Jalil, Amirahman Abbas dan Azraie Datuk Abdul Hak yang akan mengalunkan bacaan doa-doa yang dipetik daripada surah-surah Al-Quran dengan penuh kelunakan dan tertib.

Doa-doa ini mampu mendamaikan nurani penonton di saat ketidaktentuan yang berlaku disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan penularan pandemik Covid-19.

Iklan

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa rancangan Gema Haflah Munajat mampu memberi nilai tambah di dalam kehidupan seharian penonton serta sesuai dijadikan bahan tontonan hujung minggu seisi keluarga.

 

(FOTO: TV AlHijrah)