Neelofa lebih tenang, minta warganet tak pertikai pemilihan imej

Iklan
Untitled design - 2021-01-31T160801.541

KELIBAT bintang ini di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Mula mengatur langkah di dalam industri seni menerusi program Dewi Remaja 2009/2010, nama Noor Neelofa Mohd Noor terus mekar sebagai anak seni.

Iklan
Iklan

Tidak perlu diperincikan setiap kisah yang pernah dilaluinya, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tetap kuat mengharungi apa jua onak ranjau.

Bahkan, kecaman dan kritikan bagai sentiasa mengikuti setiap langkah wanita berusia 31 tahun itu, biarpun kini Neelofa sudah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Iklan

Bagi tuan empunya badan, dia kini tidak lagi berasa terbeban dengan kecaman dan kritikan kerana sudah lali dengan situasi seperti itu.

"Bagi saya, dulu lebih susah dan tertekan untuk menghadapi kecaman. Tetapi kini saya sudah boleh handle emosi dan mental.

Iklan

"Saya rasa lebih tenang dan sudah tahu cara mengatasinya. Hakikatnya bukan semua orang suka pada kita,” ujarnya ketika sidang media aplikasi TheNoor pada Khamis.

[caption id="attachment_35917" width="1024"] Impian Neelofa untuk mewujudkan sebuah aplikasi untuk memudahkan Muslim di seluruh dunia hampir menjadi kenyataan sepenuhnya.[/caption]

Neelofa yang kini selesa tampil dengan imej berpurdah dan berniqab sejak awal Disember lalu, meminta tidak ada pihak mempertikaikan pilihannya.

Katanya, berpurdah dan berniqab tidak jauh berbeza dan dia berharap akan kekal istiqamah dengan imej terkininya.

"Sejujurnya ada hari yang saya berniqab, ada hari saya berpurdah sahaja. Bagi saya ia adalah pilihan saya yang tidak perlu dipertikaikan.

"Pada dasarnya, berpurdah atau berniqab sama sahaja kerana hanya bahagian mata sahaja kelihatan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai penghijrahannya sejak dua bulan lalu, Neelofa berkata, dia selama ini menyimpan impian untuk mendalami ilmu agama sebelum berusia 40 tahun.

Namun tidak menyangka rezeki mempelajari ilmu agama datang lebih awal berbanding perancangannya.

Bahkan ujar Neelofa, dia tidak keberatan untuk berkongsi ilmu pada masa akan datang agar memberi manfaat bersama.

"Dulu saya pernah menyimpan impian, mungkin ketika usia 40 tahun nak ke Turki atau negara Timur Tengah bagi mendalami ilmu agama.

"Namun ALLAH SWT telah aturkan untuk saya lebih awal lagi mempelajari ilmu agama walau hanya di Malaysia.

"Bagaimanapun ingin saya tegaskan, keputusan mendalami ilmu hadis, al-Quran adalah untuk keluarga dan saya.

"Kalau dimudahkan oleh ALLAH SWT untuk berkongsi ilmu, kenapa tidak? Tetapi tidaklah sampai tahap menjadi ustazah atau penceramah,” ujarnya.

[caption id="attachment_35918" width="1024"] Neelofa memilih untuk berehat seketika daripada dunia seni buat sementara waktu.[/caption]

Ditanya perjalanan kariernya, Neelofa berkata, biarpun sudah tampil berpurdah, namun dia masih dihujani beberapa tawaran.

Bagaimanapun buat masa ini, bekas pengacara MeleTOP itu memilih untuk berehat seketika.

"Saya tidak merancang untuk meninggalkan industri seni, cuma buat masa ini saya mahu berehat sekejap.

"Bila ada tawaran pun, saya terkejut juga. Adakah mereka serius untuk letak wanita berniqab, yang boleh nampak mata sebagai pengacara. Begitu juga dengan karier lakonan, semuanya dihentikan buat sementara waktu,” katanya.