Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19

Iklan
Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19

MENYEDIHKAN! Untuk pengetahuan semua, satu per tiga daripada jumlah kematian Covid-19 yang direkodkan di negara kita berlaku pada tahun ini sahaja. Lebih tepat, cuma dalam tempoh masa sebulan, angka tersebut telah direkodkan.

Lebih menyedihkan, 90 peratus yang terkorban adalah mereka yang menghidapi penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit.

Iklan
Iklan

Jika seseorang itu mengidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan amalkan gaya hidup sihat supaya tidak menjadi mangsa Covid-19 seterusnya.

Sementara itu, jika kita mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah penyakit kronik dan bergantung penuh dengan penjagaan kita, lindungi mereka dengan cara mengelakkan diri daripada kita dijangkiti Covid-19.

Iklan

Rasanya, siapa sahaja pasti tidak akan sanggup lagi untuk melihat rekod baru kes dicatatkan setiap hari. Tambahan pula angka kematian juga direkodkan meningkat naik dari sehari ke sehari.

Namun, aktiviti ekonomi juga masih perlu diteruskan. Kita tidak mempunyai cukup kekuatan untuk meminta kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti Mac tahun lalu.

Iklan

Memetik laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, mereka juga ada mencadangkan sekirangan PKP ditamatkan, kerajaan boleh melaksanakan lima strategi untuk melandaikan kes Covid-19.

Strategi itu diharapkan terus dikekalkan demi melandaikan graf kes. Beri ruang untuk negeri-negeri selain Selangor, Johor dan Sabah untuk melandaikan graf mereka.

Cadangan tersebut adalah seperti :

  1. Kawal sempadan, larang rentas negeri.
  2. Tutup operasi di kilang jika kluster melibatkan kes pekerja kilang.
  3. Larang perhimpunan sosial (Tidak melebihi lima orang dalam satu kumpulan).
  4. Pemakaian pelitup muka atau facemask mandatori.
  5. Kempen untuk meningkatkan pengetahuan mesyarakat mengenai pelan vaksinasi Covid-19.

Membenarkan pergerakan merentas negeri adalah kesilapan yang tidak perlu di ulangi.

Walaupun aktiviti ekonomi penting, namun jika kluster telah dikesan, seharusnya sesuatu premis itu perlu menghentikan operasi sementara untuk memberi ruang pengesanan dan pengasingan kes dilakukan.

Perhimpunan sosial termasuk kenduri dan perhimpunan keluarga perlu dihentikan. Perayaan tahun baru china mungkin perlu disambut dalam norma baru.

Vaksin adalah kunci untuk keluar daripada kemelut pandemik ini. Tingkatkan kempen, beri pemahaman dan keyakinan kepada masyarakat untuk program vaksinasi covid-19.

Hentikan propaganda palsu dan media perlu melaporkan berita dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan salah faham masyarakat terhadap vaksin.

Bersama kita berusaha menyelamatkan negara dan menangani pandemik Covid-19 ini secara habis habisan! Kita pasti menang!