Isteri Rahmat Rabbani meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Untitled design - 2021-02-01T145808.677

ISTERI kepada Rahmat Rabbani iaitu Norazlina A Rahman telah meninggal dunia pada pagi Ahad akibat Covid-19.

Menurut Rahmat atau nama sebenarnya Ahmad Shafie berkata Norazlina, 49, dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

"Isteri saya meninggal dunia pada jam 5.25 pagi di Hospital Selayang. Selain disahkan positif Covid-19, isteri saya juga menghidapi masalah buah pinggang dan darah tinggi," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambah Rahmat, dia juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah dan menjalani kuarantin di rumah bermula 11 Januari lalu.

Iklan

Bagaimanapun empat anak mereka iaitu Nur Aliah Natasha, 22, Mohd Arif Iskandar, 21, Mohd Arif Haikal, 19 dan Mohd Risqy, 12, tidak dijangkiti virus itu.

[caption id="attachment_35986" width="1024"] Hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.[/caption]

Iklan

Sebelum ini, Allahyarham Norazlina dilaporkan mengalami kelumpuhan separuh anggota badan selepas jatuh di bilik air pada Mac tahun lalu.