Sanggup berpanasan pakai PPE, foto pasangan pengantin ini jadi viral

Iklan
pengantin PPE

JODOH, ajal dan pertemuan seseorang manusia itu memang rahsia ALLAH.

Jika sudah ditakdirkan seseorang itu jodoh kita, walaupun jauh di ceruk dunia sekalipun, akan bertemu tidak kira apa juga situasi.

Iklan
Iklan

Sejak kebelakangan ini, dek penangan wabak Covid-19, majlis pernikahan nampaknya ada yang tetap diteruskan, meskipun hanya dalam suasana serba ringkas.

Iklan

Tidak kisahlah, apa yang penting, tanggungjawab wajib perlu dilunaskan. Kenduri ke apa ke boleh dibuat pada kemudian hari.

Namun, apa yang berlaku kepada satu pasangan ini memang mencuit hati ramai. Masakan tidak, mereka mengabadikan gambar perkahwinan dengan sut pakaian perlindungan diri (PPE)!

Iklan

Perkongsian seorang jurugambar, Taufiq Noor dalam akaun Facebook ternyata mengujakan ramai warganet apabila tema perkahwinan yang ditonjolkan pengantin tersebut memang sangat rare.

Menariknya lagi, pasangan tersebut dikatakan telah bertemu jodoh juga disebabkan wabak Covid-19.

Siapa sangka, perkenalan mereka ketika bertugas di pusat kuarantin sama akhirnya sampai ke jenjang pelamin.

Berkongsi cerita kepada umum, Taufiq memberitahu, pasangan mempelai berkenaan ditempatkan di pusat kuarantin pada awal penularan kes wabak virus korona melanda negara.

"Memang kental dia orang ni, yang aku respect masa shoot pakai baju PPE ni pukul 12 tengah hari sampai 1.30 petang, memang tengah panas terik, tetapi dia orang sporting dan cakap dah biasa pakai baju PPE, sudah biasa mandi peluh.

"Aku yang pakai baju biasa pun berpeluh-peluh masa shoot. Dia orang memang nak sangat buat kenangan pakai baju PPE," tulisnya yang turut mengucapkan tahniah kepada pengantin dengan panggilan Pija dan Azwa.

Foto yang dikongsikan jurugambar tersebut memang cantik-cantik. Terpancar wajah kebahagian pasangan pengantin walaupun dengan PPE. Panas-panas pun solekan tetap cun!

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian jurugambar itu memuji kesungguhan Pija dan Azwa yang sanggup bermandi peluh sepanjang sesi penggambaran.

Tidak kurang juga ada yang tag kawan masing-masing dan bertanyakan tentang jodoh mereka.

Ada juga yang merancang untuk membuat kelainan sama, siap lengkap dengan set pengapit.

Apapun, gambar yang viral tersebut menceriakan ramai pihak. SinarPlus mendoakan semua yang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan moga berjalan lancar.

Jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya. Bersama-sama membantu menurunkan jangkitan kes yang semakin membimbangkan ini. #kitajagakita