Rebut hadiah wang tunai RM150,550 menerusi PKPNimsXSinar

Iklan
Rebut hadiah wang tunai RM150,550 menerusi PKPNimsXSinar

BERMULA 1 Februari hingga 14 April depan, pembaca Sinar Harian berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550 dengan menyertai peraduan PKPNimsXSinar.

NIMS ADELICIOUSZ berbesar hati menganjurkan peraduan dengan kerjasama Sinar Harian sempena pelancaran produk edisi istimewa dan sebagai penghargaan kepada penggemar produknya.

Iklan
Iklan

Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, inilah masa untuk NIMS ADELICIOUSZ ‘memberi semula’ kepada pelanggan sebagai penghargaan kerana menyokong produk keluarannya selama ini.

Iklan

[caption id="attachment_36111" width="600"] Pelbagai jenis snek berasaskan coklat dan bijirin yang dihasilkan dalam bentuk tub di bawah jenama NIMS ADELICIOUSZ.[/caption]

Iklan

NIMS ADELICIOUSZ, produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, tampil dengan inovasi terbaharu melalui produk edisi terhad iaitu Siri Pelangi yang bakal berada di pasaran pada bulan Februari hingga April depan dan terhad

kepada 700,000 unit sahaja.

Imbau sejarah

[caption id="attachment_36110" width="600"] Tengku Norhanim mengusahakan NIMS ADELICIOUSZ bersama Faiz sejak tahun 2014.[/caption]

Bermula dengan jualan kecil-kecilan ketika menjadi pelajar universiti, kini produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin keluaran NIMS ADELICIOUSZ yang diusahakan Tengku Norhanim sudah mampu berdiri gah di pasaran.

Beliau turut berkongsi kisah di sebalik kejayaan pasaran produk makanan ringan tersebut yang kini mampu melahirkan ramai usahawan di bawahnya.

NIMS ADELICIOUSZ diusahakan bersama suaminya, Faiz Hussamuddin sejak tahun 2014 dan telah melalui beberapa inovasi sebelum berada pada tahap sekarang.

Katanya, produk seumpama itu juga merupakan makanan hipster yang menjadi tular ketika itu dan amat dekat dengan golongan remaja.

Pada tahun sama NIMS ADELICIOUSZ mengeluarkan produk inovasi daripada konsep Crispy Choco Jar kepada Crispy Choco Tub.

6,500 stokis, ejen

[caption id="attachment_36112" width="600"] Tengku Norhanim menunjukkan produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Crispy Choco Tub yang digemari ramai.[/caption]

Tengku Norhanim berkata, permintaan terhadap produk keluaran NIMS ADELICIOUSZ begitu memberangsangkan.

Sehingga kini seramai 6,500 stokis dan ejen sah turut sama bergerak bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Semua usahawan di bawahnya dilatih dengan strategi dan tunjuk ajar secara berkumpulan untuk memperkukuhkan pasaran produk.

NIMS ADELICIOUSZ menawarkan empat jenis bijirin bagi Crispy Choco Tub, dua jenis biskut bagi Crispy Choco Kiss (biskut celup coklat) dan Crispy Choco Bar sebagai pengeluaran bermusim khas untuk perayaan Aidilfitri sahaja.

Katanya, NIMS ADELICIOUSZ sentiasa menjadi trendsetter dalam inovasi makanan snek berasaskan bijirin dan coklat, mahu terus bergerak ke depan dengan mempelbagaikan lagi pengeluarannya.