Pelakon Indonesia Marco Panari meninggal dunia

Iklan
Marco Panari

PELAKON Indonesia, Marco Panari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak, di Jakarta pada malam Sabtu.

Mengikut laporam media tempatan, Marco, 24, menghembuskan nafas terkahir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Iklan
Iklan

Menurut pengurusnya, Agung Saputra, mendiang tidak mempunyai sebarang penyakit serius dan pemergiannya itu mengejutkan keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuk pengurusannya sendiri.

"Kita belum tahu punca yang paling pasti, tetapi hasil bedah siasat awal doktor mengatakan dia seperti tersedak.

Iklan

"Marco memang tidak mempunyai apa-apa penyakit. Malah tidak ada juga simpton Covid-19,” ujarnya.

Hantaran terakhir Marco di laman Instagramnya pada 16 Januari lalu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada peminat dan pengikut yang rata-ratanya turut terkejut dengan berita duka itu.

Iklan

Marco memulakan kerjaya seninya pada tahun 2016 sebagai model dan kemudiannya mengikuti jejak langkah kakaknya, Angela Gilsha, berlakon sinetron.

Mendiang selamat disemadikan di Bali pada Ahad.