Manfaat data 30GB percuma sebulan untuk PdPR, bukan ‘main’ media sosial

Iklan
Manfaat data 30GB percuma sebulan untuk PdPR, bukan ‘main’ media sosial

SEJAK kerajaan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai inisiatif ditawarkan oleh syarikat perkhidmatan telekomunikasi termasuk menteri dan ahli politik negara bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sentiasa mengalu-alukan bantuan dari syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi yang prihatin untuk turut sama membantu menjayakan PdPR seperti Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan Telekom Malaysia (TM).

Iklan
Iklan

Oleh itu, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi, terutamanya golongan pelajar, guru dan ibu bapa, dinasihat untuk menggunakan peruntukan 1GB data percuma setiap hari atau 30GB data yang kini diberikan secara percuma sebulan, sebaik-baiknya bagi tujuan PdPR.

Tawaran 1GB data percuma setiap hari atau 30GB sebulan itu juga telah dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Iklan

MCMC menerusi kenyataan akhbar berkata, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi, peruntukan data percuma sejak April tahun lalu itu adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video serta menguruskan bahan-bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu.

Iklan

MCMC berkata, pihak industri telekomunikasi juga menyediakan pakej langganan khas untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 6 Januari lalu hingga akhir April depan.

Menurut kenyataan itu, pakej prabayar oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM itu menawarkan pas data 15GB dengan harga serendah RM20 sebulan.

Dalam pada itu, MCMC berkata, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) turut sama melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 April depan dan turut merangkumi penuntut IPT.

Katanya, pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma dan telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.

Semua usaha ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa, guru dan pelajar untuk mengikuti PdPR serta memastikan pendidikan generasi muda diberi keutamaan sewajarnya.

Ingat, gunakan untuk pembelajaran online bukan ‘main’ media sosial okey! Jadilah pengguna yang bijak!

Sumber : mcmc.gov.my/