Hotel di Pulau Pinang jual makanan RM3 tepi jalan, demi kelangsungan hidup pekerja

Iklan
hotel rm3

DEMI kelangsungan hidup pekerja dan operasi hotel yang mengalami penurunan pendapatan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong pengurusan Hotel Red Rock, Pulau Pinang melakukan plan B.

Berbekalkan semangat sepasukan pihak hotel terbabit mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan hotel yang berpangkalan di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja staf bertungkus-lumus, malah Pengurus Hotel Red Rock, Jeffrey Lim juga tidak goyang kaki.

Iklan

Menurut beliau, pihak pengurusan hotel terpaksa mencari sumber pendapatan sampingan susulan tiada tempahan pengunjung ke hotel berkenaan berikutan PKP.

Iklan

Antara menu yang dijual ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam. Menariknya, makanan berkenaan dijual pada harga RM3 sahaja.

Antaranya komen netizen ialah:

@si_tessie: Ya Allah..nak nangis. Stay strong boss.

@hezerisamsuri: Sedih sungguh. At least they are not begging. Lets help and support them kepada mereka yang mampu.

@asashi_84: Respect dgn tauke hotel cari duit dengan usaha sendiri.

@ishqyudha: Hope the world will get better soon.

@aainaasz: bila pengurus pun dah turun padang menjual, maknanya memang dah genting sangat kewangan perniagaan.

[caption id="attachment_36320" width="263"] ANTARA menu yang ditawarkan ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam.[/caption]

Selain Hotel Red Rock, Hotel Jen Penang Shangri-La turut mempraktikkan konsep yang sama.

Hotel empat bintang itu mendirikan gerai penjaja bagi membolehkan beberapa tukang masak terkemuka menyediakan pelbagai sajian di luar hotel berkenaan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.

Sumber: @bernamaofficial