‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

Iklan
‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

GARA-GARA memuat naik resipi istimewa ‘ikan keli organik masak kicap’ di laman sosial Januari lalu, kini pengusaha ikan keli organik bergelar cef dan tak menang tangan memenuhi tempahan!

Itu lah yang berlaku kepada Nik Khairina Nik Abdul Razak apabila tercetusnya idea juadah ringkas itu berikutan bekalan stok ikan terbabit hanya perlu ‘disauk’ dari sangkar miliknya yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, menurut wanita awal 40-an itu, kini bilangannya ikan keli organik dalam sangkar miliknya sudah mencecah hampir 300,000 ekor.

Iklan

Ibu kepada tiga orang anak itu turut mengakui, tidak menyangka resepi masak kicap mengikut cita rasanya itu dapat memenuhi selera orang ramai sehingga mendapat tempahan mencecah 150 bungkus sehari daripada pelanggan.

Iklan

Difahamkan jualannya berdasarkan konsep makanan bawa pulang serta turut menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan di sekitar Kota Bharu.

Untuk perancangan akan datang, beliau juga bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Beliau berkata dalam masa yang sama perniagaan itu juga dapat membantu anak sulungnya, Wan Faten Nurnisa Wan Nazaruddin, 22, meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Komunikasi Kewartawanan di sebuah universiti pada Januari lalu.