Bayaran rayuan GKP 2.0 RM3,000 dibuat esok! Ini cara untuk semak permohonan

Iklan
Bayaran rayuan GKP 2.0 RM3,000 dibuat esok! Ini cara untuk semak permohonan

KERAJAAN meluluskan permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dengan pembayaran akan dikreditkan esok.

Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Geran Khas Prihatin, ia merupakan bantuan yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada kumpulan PKS mikro yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung virus Covid-19 ini daripada terus menular.

Iklan
Iklan

Tujuan geran ini diberikan adalah untuk membantu para pemilik PKS yang terkesan dengan situasi yang melanda negara hari ini, di mana urusniaga perniagaan tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 iaitu bantuan kewangan secara 'one-off' berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Iklan

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran bagi rayuan GKP 2.0 itu membabitkan peruntukan RM155 juta.

Iklan

Sementara itu, jika korang yang telah membuat rayuan sebelum ini dan ingin meyemak status kelulusan juga boleh dibuat mulai esok.

Caranya cukup mudah! Korang hanya perlu layari portal rasmi GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my. Pemohon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak permohonan.

Portal tersebut juga memaklumkan keputusan rayuan GKP2.0 dan pembayaran semula termasuk bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.

Tarikh pembayaran GKP Tambahan dijangka dibuat mulai Mac 2021 dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Semoga bermanfaat!