Pasar malam kembali beroperasi mulai esok tapi dengan 4 syarat ketat!

Iklan
Pasar malam kembali beroperarasi mulai esok tapi dengan 4 syarat ketat!

DISEBABKAN tiada kluster membabitkan ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta kini dibenar beroperasi semula mulai esok.

Namun, ia memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan
Iklan

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah dinilai dari segi risiko dan jumlah kluster dihasilkan setiap aktiviti perniagaan tersebut.

"Setelah berbincang dan melihat tiada kluster baharu oleh ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, maka mesyuarat setuju untuk luluskan (beroperasi semula),” katanya.

Iklan

Sementara itu pasar malam dibenar beroperasi tetapi dengan syarat! Antara syaratnya adalah seperti :

    Iklan

  • Waktu operasi yang dibenarkan hanya dari jam 4 petang hingga 10 malam.
  • Peniaga perlu memastikan jarak satu meter antara setiap gerai.
  • laluan keluar masuk pengunjung juga perlu berbeza.
  • Mesti ada pengawasan oleh RELA untuk memantau pergerakan pengunjung.

Sementara itu, bagi kedai gunting rambut dan salon, beliau berkata, ia dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam namun hanya perkhidmatan gunting rambut dibenarkan.

Ismail Sabri turut memberi bayangan lebih banyak aktiviti termasuk sukan dan rekreasi seperti gim dan kejohanan sukan berimpak tinggi, selain sektor peruncitan akan diberi kelonggaran namun ia tertakluk kepada penilaian risiko dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).