KEPADA anda yang sering memasak dengan menggunakan dapur gas, tong gas tidak kiralah berapa beratnya merupakan keperluan wajib yang perlu ada di setiap dapur rumah.
Kadang-kadang apabila tengah sibuk memasak, tiba-tiba gas habis. Ini memang selalu berlakukan?
Namun demikian, jangan panik dah selepas ini.
Perkongsian seorang individu menerusi akaun TikTok @mataharishining memang sangat membantu kita menangani situasi itu.
Sekurang-kurangnya, dengan cara kaedah yang ditunjukkannya, juadah makan yang ingin dijamah pada hari tersebut dapat disiapkan sebelum kita menukar tong gas yang baharu.
Video pendek pemilik akaun tersebut berjaya meraih hampir 53.1 ribu tontonan sehingga hari ini.
Merujuk rakaman yang dikongsikan, api akan boleh terus menyala dengan cara merendamkan (bahagian bawah) tong gas di dalam besen atau bekas yang berisi air.
Menariknya, proses menggoreng yang ditunjukkan dalam video berkenaan dapat diteruskan seperti biasa.
Membaca ruangan komen status itu, rupa-rupanya sudah ramai pernah mencuba cara berkenaan semasa persiapan majlis-majlis keramaian seperti majlis kenduri.
Selain menggunakan air paip, air panas juga boleh digunakan kerana dipercayai kaedah itu lebih berkesan dan akan membantu membuatkan tempoh api bertahan lebih lama.
Mengenai cara untuk mengetahui sama ada gas di dalam tong berkenaan masih banyak atau sebaliknya pula, berikut cara semakan yang dicadangkan @mataharishining.
https://www.tiktok.com/@mataharishining/video/6915960606004694273?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6915960606004694273&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6909652495724873218
Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, bolehlah mencuba ‘petua’ yang dikongsikan di atas terutamanya buat para peniaga.
Sekurang-kurangnya dengan cara itu dapat memanjangkan sedikit masa nyalaan api dapur tersebut. Semoga bermanfaat.
Foto dan video: TikTok @mataharishining