Barli mutiara satu lagi alternatif mudah untuk diet dan nampak cantik

Iklan
barli

UNTUK kekal cantik dan langsing, bukan sahaja amalan bersenam secara konsisten menjadi keutamaan, bahkan faktor pemakanan juga perlu diambil kira.

Pemilihan bijirin yang sesuai sebagai pengganti nasi juga perlu diteliti bagi mengelak kesan buruk pada tempoh jangka masa panjang.

Iklan
Iklan

Dalam bab nak kurus ini, SinarPlus dapati ramai yang menggunakan bijirin seperti quinoa sebagai menu wajib, meskipun harganya boleh tahan juga.

Tidak kurang juga ada yang memilih barli untuk alternatif menu diet.

Iklan

Bercerita tentang barli, ia merupakan bijirin berkhasiat yang mengandungi pelbagai manfaat seperti sumber protein, kanji, serat, asid amino, enzim, vitamin dan banyak lagi.

Iklan

Barli mutiara antara yang paling popular digunakan dalam menu makanan sihat oleh negara Barat kerana harganya yang murah dan mudah didapati.

Di Malaysia pun, senang untuk diperoleh, lebih-lebih lagi menerusi platform online.

Untuk memasak menu barli dengan penuh stail, greatbritishchefs.com baru-baru ini berkongsi tip menarik membuatkan masakan anda lebih menyelerakan walaupun tanpa nasi.

Antara tip yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Bijiran barli perlu dibilas terlebih dahulu sehingga bersih sebelum dimasak.

2. Sesuai untuk dimasak sup atau rebusan.

3. Rasa barli lebih sedap jika dimasak dengan pressure cooker.

4. Hanya reneh selama 30 minit sahaja untuk mendapatkan bijian lembut.

5. Barli mutiara mempunyai kapasiti yang sama untuk menyerap air seperti nasi.

6. Jika tidah mahu barli menjadi terlalu kembang, rebus secara berasingan.

Bagi mereka yang ingin mencuba, bolehlah amalkan tip memasak menggunakan barli yang dikongsikan portal masakan popular tersebut.

Kemudian, berikut merupakan resipi mudah menggunakan barli mutiara.

Resipi yang dikongsikan cookinglight.com dinamakan Stu Daging Barli Klasik. Berikut adalah perinciannya:

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak canola
  • 1 kg daging
  • 1 1/2 cawan bawang (cincang)
  • 1 cawan saderi (cincang)
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 sudu besar pes tomato tanpa garam
  • 1 cawan air
  • 4 cawan stok pati rebusan daging tanpa garam
  • 2/3 barli
  • 5 helai daun taim
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan hirisan lobak
  • 1 sudu teh garam kosher
  • 1/2 sudu teh lada hitam

Cara-cara memasak:

1. Panaskan periuk dengan api sederhana tinggi.

2. Masukkan 1 sudu minyak dan masak daging sehingga separuh masak selama 10 minit dan asingkan daging ke bekas lain.

3. Masukkan satu sudu minyak, bawang, daun saderi dan bawang putih. Tumis selama 5 minit.

4. Masukkan pes tomato dan masak selama 1 minit dan kacau selalu bagi mengelakkan bahagian bawah hangus.

5. Masukkan 1 cawan air, stok pati daging, barli, daun taim dan salam. Tutup periuk dan reneh selama 1 jam.

6. Jangan lupa masukkan lobak selepas 45 minit dan pastikan daging lembut.

7. Buang daun taim dan salam, masukkan garam, lada hitam dan perasa secukupnya.

8. Siap untuk dihidang.

Jadi, apa lagi, jom cuba resipi ini. Mana tahu matlamat anda untuk kurus demi kesihatan tubuh badan bakal jadi kenyataan.