KKM kongsi 8 langkah pencegahan ‘mask acne’ akibat pemakaian pelitup muka

Iklan
KKM kongsi 8 langkah pencegahan ‘mask acne’ akibat pemakaian pelitup muka

SEJAK pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos tahun lalu dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda jika tidak mematuhinya, kini orang ramai nampaknya mula menyesuaikan diri hidup dalam norma baharu tersebut.

Mana tidaknya, jika ingkar RM1,000 pasti ‘terbang’! Tambahan pula hidup dalam era pandemik Covid-19 ini nilai sebanyak itu amat besar buat golongan kebanyakan.

Iklan
Iklan

Namun, dek kerana terpaksa patuh dengan arahan penguatkuasaan undang-undang tersebut, timbul pula masalah lain bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Iklan

Disebabkan pemakaian pelitup muka, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif kini berhadapan dengan serangan jerawat di muka yang juga dikenali sebagai ‘mask acne’.

Jadi ini ada beberapa langkah pencegahan ‘mask acne’ yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

Iklan

Berikut lapan langkah pencegahan ‘mask acne'.

  • Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka.
  • Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka.
  • Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka.
  • Pakai pelitup muka yang sesuaian (selesa dipakai dan tidak terlalu ketat, sekurang-kurangnya fabrik dwi-lapisan dan fabrik daripada banan semula jadi dan ‘breatheable’ seperti kapas).
  • Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka.
  • Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam.
  • Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang.
  • Basuh pelitup muka jenis kain setiap kali digunakan.

Mudah bukan? Korang boleh cuba kesemua langkah yang dicadangkan dan jika masih berhadapan dengan masalah tersebut segera dapatkan rawatan pemeriksaan atau berjumpa dengan pakar kulit.

Sementara itu suka untuk SinarPlus ingatkan kembali kepada semua tentang peraturan pemakaian pelitup muka yang telah dikuatkuasakan sehingga hari ini.

Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.

Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong termasuk panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.

Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.