MEMILIKI rambut lurus panjang mengurai, bertubuh langsing dan tinggi lampai membuatkan penampilan pelakon, Ain Edruce bagaikan jelmaan kepada artis dan peragawati, Noorkumalasari.
Tatkala mendengar usikan seumpama itu, selebriti berusia 29 tahun berkenaan tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu. Masakan tidak, boleh dikatakan hampir kesemua ciri dimiliki Ain persis bintang legenda era-70an tersebut.
Iklan
Iklan
Sepertimana Noorkumalasari, pemilik nama sebenar, Nurulain Edruce juga memulakan karier seni sekitar tahun 2011 sebagai model sebelum mengembangkan sayap dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
[caption id="attachment_36743" width="819"] SEBELUM mengembangkan sayap dalam bidang lakonan dan pengacaraan, selebriti setinggi 171cm itu terlebih dahulu mencipta nama sebagai peragawati.[/caption]
Iklan
Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Impak Mengerikan Vaskulitis dan Penangan Shellout Paperoger.