Jana pendapatan lumayan bersama NIMS ADELICIOUSZ sejak usia 15 tahun

Iklan
umi athirah NIMS ADELICIOUSZ

UMI Athirah Nik Nizam, 21, sedikitpun tidak menyangka snek kegemarannya yang berupa coklat bertukar menjadi punca pendapatannya yang lumayan kini.

Iklan
Iklan

Imbau remaja itu, beliau masih teringat lagi detik-detik penting dirinya mula berniaga seawal usia 15 tahun.

"Pada musim cuti sekolah tahun 2015 iaitu ketika berada di tingkatan tiga, seorang rakan telah menghadiahkan saya satu Crispy Choco Jar Premium Series keluaran NIMS ADELICIOUSZ.

"Sememangnya, saya seorang pencinta coklat khususnya yang bertekstur dan membekalkan rasa mewah. Selepas menikmati Crispy Choco Jar Premium Series, saya mengambil keputusan untuk berniaga kerana ia bukan sahaja lazat, malah harganya berpatutan," kata anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

Enggan membuang masa, Umi Athirah berkata, beliau segera mencari informasi mengenai NIMS ADELICIOUSZ.

[caption id="attachment_36758" width="768"] DARIPADA 60 botol, kemudian 100 botol kini stok makanan ringan NIMS ADELICIOUSZ jualan Umi Athirah mencecah 24,000 botol.[/caption]

Iklan

"Selepas itu, saya terus mendaftarkan diri sebagai ejen berbekalkan modal cuma RM300. Sebagai permulaan, saya diberikan 60 botol Crispy Choco Jar.

"Saya betul-betul tak sangka stok berkenaan laris dalam tempoh dua hari sahaja," imbas anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.

Melihat maklum balas positif diterima dalam kalangan pelanggan yang terdiri daripada kawan-kawan dan guru sekolah serta warga setempat,  telah mendorong Umi Athirah menambah stok produk pada skala yang lebih besar.

"Fasa pertama 60 botol, maka untuk fasa kedua pula, saya memberanikan diri menempah 100 botol produk NIMS ADELICIOUSZ.

"Saya betul-betul bersyukur apabila percaturan saya membuahkan hasil apabila kesemua botol terjual lebih kurang dua minggu.

"Bertitik tolak daripada dua fasa jualan yang cemerlang itu, saya serius berniaga bersama NIMS ADELICIOUSZ dan tempahan hari ini mencecah 1,000 karton bersamaan 24,000 botol," jelasnya yang kini mampu mengupah dua staf untuk proses pembungkusan dan penghantaran serata Kelantan.

Secara ringkasnya, NIMS ADELICIOUSZ merupakan produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin diasaskan oleh Tengku Norhanim Tengku Othman bersama suaminya, Faiz Hussamuddin sejak tahun 2014.

NIMS ADELICIOUSZ menawarkan empat jenis Crispy Choco Tub iaitu Mini Coco Crunch, Coco Krips, Coco Rice dan Coco Ball termasuk dua jenis biskut Crispy Choco Kiss (biskut celup coklat) dan Crispy Choco Bar produk bermusim khas yang dikeluarkan pada Hari Raya Aidilfitri sahaja.

[caption id="attachment_36757" width="1024"] NIMS ADELICIOUSZ merupakan snek lazat berasaskan coklat dan bijirin.[/caption]

Sehingga kini, seramai 6,500 stokis dan ejen sah telah dilantik oleh NIMS ADELICIOUSZ untuk memasarkan produk berkenaan bagi memenuhi permintaan para pelanggan di serata negara.

Rebut hadiah lumayan

Berbicara lanjut keistimewaan menjadi sebahagian daripada keluarga NIMS ADELICIOUSZ, Umi Athirah yang hari ini berada posisi Master Leader menyifatkan perniagaan berkenaan membantu mengubah kehidupannya.

"Jika dulu nak membeli barang diminati terpaksa meminta wang daripada keluarga, maklumlah masih belajar dan tidak bekerja. Bagaimanapun, kini tidak lagi.

"Selain berupaya menampung keperluan peribadi dan yuran pendidikan di universiti, saya juga mampu merealisasikan kehendak keluarga.

"Lebih mengujakan apabila saya berjaya mengumpul wang simpanan hasil jualan produk NIMS ADELICIOUSZ untuk perancangan masa depan kelak," kata penuntut tahun satu Ijazah Sastera, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor.

Pada masa sama, Umi Athirah turut meluahkan keterujaan apabila NIMS ADELICIOUSZ bersama akhbar Sinar Harian menganjurkan peraduan PKPNimsXSinar bermula pada 1 Februari lalu hingga 14 April depan.

[caption id="attachment_36756" width="1024"] HANYA bermodalkan RM300 hari ini Umi Athirah (kanan) bergelar Master Leader NIMS ADELICIOUSZ di Kelantan.[/caption]

Peraduan itu bersempena dengan pelancaran produk edisi istimewa, Siri Pelangi dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia jenama itu.

Pembaca Sinar Harian antara lain berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550.

"Kepada semua rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang menyertai peraduan PKPNimsXSinar kerana peserta bukan sahaja bakal membawa pulang hadiah lumayan, bahkan dapat menikmati produk Siri Pelangi yang lazat.

"Hantarlah seberapa banyak penyertaan anda di samping membaca isu-isu menarik yang disajikan dalam akhbar Sinar Harian yang berwibawa ini," saran Umi Athirah.

Pemenang kategori hadiah utama akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

[caption id="attachment_36759" width="1024"] COCO Ball salah satu perisa bagi Crispy Choco Tub keluaran NIMS ADELICIOUSZ.[/caption]

Kepada para pembaca Sinar Harian yang berminat menyertai peraduan PKPNimsXSinar, anda diminta agar sentiasa peka dengan perkembangan NIMS di Sinar Harian dan di platform media sosial akhbar ini setiap hari.

PROFIL

Nama: Umi Athirah Nik Nizam

Umur: 21 tahun

Lokasi: Lot 451, Kampung Gaung Lati, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: 011-2565 6364

Facebook: Umi Athirah

Instagram: @nimsofficial.umiathirah

Harga produk: Antara RM13 hingga RM32