Hanya cuma perlu pandu lalu untuk membeli kelengkapan Tahun Baru Cina, langkah bijak elak jangkitan Covid-19

Iklan
Hanya cuma perlu pandu lalu untuk membeli kelengkapan Tahun Baru Cina, langkah bijak elak jangkitan Covid-19

TIDAK lama lagi masyarakat Tionghoa di negara kita akan merayakan sambutan Tahun Baru Cina yang kebiasaannya disambut meriah setiap tahun.

Namun, berikutan penularan pandemik Covid-19 ia pastinya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana masyarakat perlu menyambutnya dengan norma baharu dan secara sederhana.

Iklan
Iklan

Seperti sebuah perusahaan menjual peralatan sembahyang, makanan dan kelengkapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, di Johor Jaya, Johor Bahru bagaimanapun mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan secara pandu lalu bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.

Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, pengurusnya Belle Tor berkata, ia bertujuan memastikan pelanggannya, terutama dalam warga emas, merasa yakin dan selamat semasa berurusan dengan mereka ketika pandemik Covid-19 ini.

Pelanggan hanya perlu membuat pesanan menerusi aplikasi Whatsapp dan WeChat sebelum membuat panggilan untuk menetapkan urusan mengambil barangan secara pandu lalu.

Iklan

Menurutnya rata-rata pelanggan menyambut baik inisiatif itu berikutan ia dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, selain dapat mengurangkan interaksi secara dekat dan mengelak kesesakan di dalam kedai.

Menurut Tor yang telah mengusahakan perniagaan keluarganya yang berusia 22 tahun itu berkata, usaha yang dibuat sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya jangkitan Covid-19 melibatkan antara pelanggan.

Pemuda berusia 31 tahun itu juga mengakui kemeriahan Tahun Baru Cina pada tahun ini agak suram kerana pelanggan semakin berkurangan, terutama daripada negara Singapura.

Lebih-lebih lagi menurut Tor, dahulu kebiasaannya kawasan Johor Jaya ketika ini akan meriah dengan festival jualan sambutan perayaan setiap tahun.

Kini perniagaan agak perlahan, boleh dikatakan kurang 50 hingga 70 peratus berbanding tahun lepas dan tiada lagi festival jualan setiap tahun.