SEMALAM kecoh di laman sosial berkenaan status permohonan pengeluaran i-Sinar Kategori 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tinjauan di media sosial memaparkan rata-rata pencarum yang memohon pengeluaran mendapat keputusan 'lulus' apabila membuat semakan bermula awal pagi semalam.
Dengan itu, secara tidak langsung ia telah menjadi berita gembira buat semua.
Namun kekeliruan timbul apabila status diluluskan disertakan tarikh pembayaran pada Januari 2021.
Dalam kenyataan menerusi Facebook pada tengah malam tadi, KWSP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Sebelum ini, watak animasi yang dicipta khas oleh KWSP, Elya telah memberi sedikit kesan kepada emosi pemohon dengan membuat peringatan jumlah berganda
jika wang tidak dikeluarkan.
Nampaknya, sekali lagi ia kembali mengganggu emosi pemohon apabila status permohonan yang sudah 'diluluskan' itu hanya kesilapan teknikal.
Setakat ini, permohonan masih belum dapat dibuat semakan.
Baca juga Garis panduan dan syarat khas adakan majlis akad nikah sepanjang PKP di Wilayah Persekutuan
Terdahulu, KWSP memaklumkan pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020. Pengurangan berkenaan hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.
Hujung Januari lalu, semua pemohon i-Sinar Kategori 2 turut diberikan bayaran interim sebanyak RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 ahli) dan diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.
Bertabahlah menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti!