Pemeriksaan awal penting untuk rawat kanser, PM kongsi pengalaman selepas pulih

Iklan
Pemeriksaan awal penting untuk rawat kanser, PM kongsi pengalaman selepas pulih

BARU-BARU ini dunia menyambut Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada 4 Februari lalu. Ia disambut seluruh dunia dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.

Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara.

Iklan
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012 hingga 2016 meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2007 hingga 2011.

Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara (19 peratus) diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

Iklan

Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9 peratus) dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus).

Stigma masyarakat bahawa golongan muda, pakar perubatan seperti doktor atau golongan berkemampuan seperti VVIP tidak akan dijangkiti perlu dibuang jauh kerana hakikatnya kanser tidak mengenal mangsanya.

Iklan

Termasuk juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penyakit tersebut setelah beliau juga disahkan mengidap kanser.

Bersempena dengan itu, Muhyiddin juga menyarankan orang ramai agar melakukan ujian saringan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan kanser dikesan lewat.

Saranan itu dibuat beliau di Facebook miliknya baru-baru ini dan turut berkongsi pengalamannya sendiri  dalam melawan penyakit yang sukar untuk bertemu penawar itu.

Di hantaran itu Muhyiddin juga memaklumkan telah disahkan pulih sepenuhnya dari penyakit itu dan selaku bekas pesakit beliau memahami keperitan serta kesukaran yang ditanggung pesakit kanser dalam melawan penyakit tersebut.

"Selaku bekas pesakit kanser, saya memahami keperitan dan kesukaran yang ditanggung dalam melawan penyakit ini.

Tambah Muhyiddin lagi, apa jua penyakit, insya-Allah boleh dirawat dengan baik, sekiranya dikesan di peringkat awal dan dirawat dengan betul.

Ramai pesakit kronik termasuk kanser yang beliau kenali, berjaya melawan penyakit ini dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.

Jika anda sedang berjuang melawan kanser, kuatkan semangat. Anda bukan menghadapinya seorang diri.

Perdana Menteri juga mengajak seluruh masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal penyakit ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat.