Daiyan Trisha hadiahkan kereta mewah untuk ibu bapa

Iklan
Daiyan Trisha

PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa syukur apabila impiannya menghadiahkan sebuah kereta buat kedua ibu bapanya, tercapai pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Daiyan, 28, berkata, hadiah kereta jenama Mercedes Benz itu merupakan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya pada November tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang.

"Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu, Allah kurniakan pelbagai rezeki pada saya.

Iklan

"Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan kalau untuk ibu bapa. Inilah masa terbaik buat mereka gembira kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Daiyan menyerahkan kunci kereta tersebut sekali gus menyaksikan reaksi kedua ibu bapanya yang terharu dengan kejutan tidak disangka itu.

Iklan

"Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa dan mummy. Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk untuk balas jasa mereka.

"Takkan pernah cukup, tapi sekurang-kurangnya, kita cuba,” katanya.

 

(FOTO: Instagram Daiyan Trisha)