Warganet puji cara Ustaz Ebit belanja duit sumbangan RM200,000 TMJ beli 500 buah tab

Iklan
Warganet puji cara Ustaz Ebit belanja duit sumbangan RM200,000 TMJ beli 500 buah tab

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit sebelum ini melahirkan rasa terharu apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya Jumaat lepas.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit kepada umum di laman Facebook dan Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar beliau bersama TMJ yang dipercayai dalam perkarangan Istana.

Iklan
Iklan

Baginda Tuanku juga turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara, termasuk di Johor Bahru sendiri.

Baginda juga berkenan untuk menyumbang sebanyak RM200,000 untuk misi bantuan Ustaz Ebit yang seterusnya bagi membantu golongan yang memerlukan.

Iklan

Tidak mengunggu lama untuk terus berbakti, hari ini Ustaz Ebit dilihat menggunakan wang sumbangan berjumlah RM200,000 yang diberikan oleh TMJ untuk membeli 500 unit gajet.

Perkara itu dikongsikan oleh Ustaz Ebit kepada umum di laman Facebook miliknya beberapa jam yang lalu.

Iklan

Sementara itu kesemua gajet tersebut juga akan diagihkan kepada pelajar yang memerlukannya bagi menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Usaha yang dibuat oleh Ustaz Ebit adalah berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara yang memaksa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menangguh sesi persekolahan bersemuka dan kaedah PdPR terpaksa dilaksanakan.

Namun, kebanyakan ibu bapa terutamanya dari golongan berpendapatan sederhana mengadu mengenai kadar data internet, harga gajet komunikasi seperti telefon pintar dan tab yang agak mahal untuk mereka sediakan bagi kegunaan anak-anak mereka menjalani tempoh pembelajaran secara online.

Ini bukanlah usaha pertama yang dilakukan oleh Ustaza Ebit, terdahulu beliau adalah antara individu yang terawal menguhulurkan sumbangan berupa tab untuk kegunaan pelajar menjalani PdPR di rumah.

TMJ juga memperakui Ustaz Ebit sering menolong rakyat terutamanya mereka dari golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Meninjau ke ruang komen juga rata-rata warganet merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ebit yang sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat hari ini.

Namun, salah seorang pengguna di Facebook pula dengan tegas mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atau hak orang lain.

Firman Allah dan terjemahannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ٢٩

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا ٣٠

Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا ٣١

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).